Pertandingan Projek Oracle Thinkquest

Pendaftaran untuk penyertaan Pertandingan Projek Oracle Thinkquest peringkat negeri telah dibuka sehingga 15 Jun 2009. 2 sekolah yang terlibat dari kelompok PKG diminta membuat pendaftaran.
Pertandingan ini bertujuan untuk membina kemahiran pembelajaran abad ke 21 : mempunyai pemikiran kritis dan kreatif,berkoloborasi dan berkomunikasi,kerja berpasukan,pembelajaran arah kendiri dan pengintergrasian teknologi.
Projek haruslah didaftarkan di portal Pn Anita Mohammad Tamin. Semoga pertandingan ini mampu membina kemahiran pembelajaran abad 21 dikalangan anak didik masa kini.

Bengkel Pembinaan Laman Web PSS

Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok PKG Kota dan PKG Rembau telah diberi latihan dan perbengkelan membina lawan web Pusat Sumber Sekolah. Pada 21 dan 22 April semua GPM berbengkel menghasilkan laman web PSS sekolah masing-masing.
Bertempat di makmal komputer SK Undang Rembau peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kelompok PKG. Perbengkelan 2 hari ini membuahkan hasil dimana setiap sekolah berjaya menghasilkan laman web PSS masing-masing.
Tenaga pengajar yang tidak jemu-jemu membimbing para peserta selama dua hari tersebut terdiri dari En. Shafie Diron PTP PKG Johol dan Ustaz Zaid dari SK Pedas.
Hasil perbengkelan tersebut PKG Kota berjaya menyenaraikan blog PSS sekolah kelompok pada blog PKG untuk dilihat dan dilayari oleh semua.

Taklimat dan Bengkel Pengurusan SSQS dan STS


Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT kelompok PKG Kota telah diberi taklimat dan perbengkelan berkaitan Smart School Qualification Standard (SSQS) dan Sistem Pelaporan Masalah (STS) pada 25 Mac 2009 di bilik Seri Kota 2 PKG Kota,Negeri Sembilan.
Taklimat dan perbengkelan ini bertujuan memberi pendedahan kepada GPB berkaitan STS dan SSQS. Ini akan memudahkan proses pengurusan dan penyelenggaraan ICT dan inisiatif ICT di Peringkat PKG.


Pada hari tersebut juga GPB diminta menyediakan senarai peralatan ICT yang terdapat di sekolah mereka. Maklumat yang diperolehi disimpan dan dibuat analisa untuk memudahkan perolehan maklumat berkaitan ICT.
Taklimat yang disampaikan oleh En.Abdul Halim dari unit Media BTPN berakhir pada pukul 5.00 petang.

Bengkel Pengurusan PSS Untuk GPM Daerah Rembau


Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru Perpustakaan dan Media peringkat Daerah Rembau telah diadakan pada 26 Feb 2009,bertempat di bilik Seri Kota 1 dan 2 PKG Kota Negeri Sembilan.

Bengkel ini bertujuan untuk membimbing dan menjana minda guru perpustakaan dan media ke arah pengurusan pusat sumber yang cemerlang.Seramai 38 orang guru perpustakaan dan media ahli PKG Kota dan Rembau menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini bermula pada pukul 8.00pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.Setiap peserta diberi pendedahan kepada pengurusan pusat sumber yang cemerlang disamping perbengkelan proses teknik bahan pusat sumber.Seramai 4 fasilitator dan penceramah telah dilantik merialisasikan bengkel ini iaitu En Mohd Fairuz Othman BTPNNS,Pn Rahayu Salam PKG Ampangan,Pn.Noraini Aziz PKG Rembau dan Pn. Rosimah Othman PKG Kota.

Peserta juga dibekalkan bahan rujukan untuk diguna pakai semasa menguruskan pusat sumber di sekolah nanti. Semoga bengkel ini dapat menjadi pemangkin untuk menjadikan pusat sumber sekolah ahli PKG Kota yang terbaik.

Mesyuarat Tahunan JK Pemuafakatan PKG Kota

Pada 20 April, PKG Kota mengadakan Mesyuarat Tahunan JK pemuafakatan untuk tahun 2009.Mesyuarat yang di adakan pada jam 2.30 petang ini dihadiri seramai 13 dari 16 sekolah ahli. Turut hadir ke mesyuarat itu ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah,2 orang Penolong Pengarah dan seorang Pegawai dari Unit PKG dari BTPNNS.

Dalam majlis perasmian mesyuarat tersebut ahli jawatankuasa Pemuafakatan PKG Kota turut diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan BTPN .Selain dari itu Tuan PPD dan Penolong Pengarah turut memberi amanat dan harapan kepada ahli jawatankuasa.

Majlis dan mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam ini membuahkan kata sepakat untuk merialisasikan perlaksanaan aktiviti PKG mengikut fungsi dan peranannya.Beberapa aktiviti yang dirancang oleh ahli jawatankuasa juga akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan dari setiap ahli.

Mesyuarat Pelarasan PKG dan Guru Penyelaras Bestari (ICT)


Pusat Kegiatan Guru Kota telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru bestari dan ICT sekolah di kawasan Pusat Kegiatan Guru Kota. Mesyuarat berkenaan telah dijalankan pada 12 Februari 2009, pukul 3.00 petang, bertempat di Bilik Seri Kota 2.

Pn. Rosimah binti Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Seramai 14 daripada 16 orang guru ICT telah hadir di mesyuarat berkenaan, turut hadir En. Rosli bin Zakariah Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Guru ICT yang tidak hadir diminta mendapatkan bahan-bahan mesyuarat dari PKG.

Mesyuarat Pelarasan PKG dan Guru PSS 01/09


Pkg Kota telah mengadakan mesyuarat bersama dengan guru Perpustakaan dan Media pada 5 Februari yang lalu bertempat di Bilik Seri Kota 2. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Pn. Rosimah binti Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan 1. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Rosli bin Zakariah, Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Seramai 15 dari 16 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat ini membincangkan antaranya berkaitan dengan Pemantauan dan Bimbingan PSS bagi tahun 2009, pelaksanaan Program Nilam, pertandingan penghasilan Laman Web Sekolah serta persedian untuk pertandingan Teknopen 2009.
Mesyuarat berlangsung sehingga pukul 5 petang.