Mesyuarat Pelarasan PKG dan Guru Penyelaras Bestari (ICT)


Pusat Kegiatan Guru Kota telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru bestari dan ICT sekolah di kawasan Pusat Kegiatan Guru Kota. Mesyuarat berkenaan telah dijalankan pada 12 Februari 2009, pukul 3.00 petang, bertempat di Bilik Seri Kota 2.

Pn. Rosimah binti Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Seramai 14 daripada 16 orang guru ICT telah hadir di mesyuarat berkenaan, turut hadir En. Rosli bin Zakariah Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Guru ICT yang tidak hadir diminta mendapatkan bahan-bahan mesyuarat dari PKG.

Mesyuarat Pelarasan PKG dan Guru PSS 01/09


Pkg Kota telah mengadakan mesyuarat bersama dengan guru Perpustakaan dan Media pada 5 Februari yang lalu bertempat di Bilik Seri Kota 2. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Pn. Rosimah binti Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan 1. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Rosli bin Zakariah, Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Seramai 15 dari 16 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat ini membincangkan antaranya berkaitan dengan Pemantauan dan Bimbingan PSS bagi tahun 2009, pelaksanaan Program Nilam, pertandingan penghasilan Laman Web Sekolah serta persedian untuk pertandingan Teknopen 2009.
Mesyuarat berlangsung sehingga pukul 5 petang.