Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Pemuakatan






Mesyuarat tahunan tersebut bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan Penolong Pengarah En. Azizi Bin Zakaria diikuti Pengerusi JK Pemuafakatan PKG Kota iaitu Tn. Hj Kadzri Bin Ibrahim. Majlis dirasmikan oleh Datin Hjh Naemah Bte Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.

Dalam majlis ini juga turut diadakan Majlis Sekalung Budi bagi memberi penghargaan kepada mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota, En. Rosli Bin Zakariah, mantan Pengerusi JK Pemuafakatan PKG Kota Pn. Hanifah Bte Ali serta mantan AJK JK Pemuafakatan PKG Kota, Pn. Hjh Noraziah.